Terma Syarat

Terma dan Syarat Pelanggan Laman web PilinSOFT.com

1. Faham bahawa Anda sebagai pelanggan kami bertanggungjawab sepenuhnya atas ;

    1. Segala info paparan kandungan web termasuk rekabentuk laman web, rekabentuk grafik, maklumat teks perkataan, maklumat gambar (sumber fotografi), maklumat animasi dan sebagainya di dalam laman web yang ditempah Pelanggan.
    2. Penggunaan server yang diambil oleh pihak PilinSOFT.Com.
    3. Segala susunan, aktiviti, proses, rekabentuk dan strategi pelan pemasaran, segala info produk & pembelian secara online yang dibina & disusun di dalam laman web dan perniagaan anda.
    4. Tindakan undang-undang Agama, Bangsa dan Negara yang dikenakan ke atas laman web dan perniagaan anda.
    5. Segala persediaan laman web dan perniagaan yang dijalankan melalui laman web termasuk segala syarat dan lesen yang dikenakan atau diperlukan oleh pihak Kerajaan Tempatan, Negeri & Persekutuan, segala persiapan bahan laman web termasuk rekabentuk, isi teks, kandungan laman web, proses strategi pelan pemasaran dan segala proses/ aktiviti yang perlu dijalankan atas penyediaan laman web.

2. Faham bahawa KOS Domain dan Hosting adalah dicaj secara tahunan.

3. Faham bahawa KOS Pakej Pembangunan Laman Web serta harga domain & Hosting adalah berasingan.

4. Faham bahawa Server Hosting tidak ditadbir dan tidak dikawalselia oleh pihak PilinSOFT.Com. Pihak Server Hosting merupakan pihak ketiga yang mengawal dan menguruskan perihal Domain dan Hosting Pelanggan web PilinSOFT.Com.

5. Faham bahawa sebarang KOS yang berlaku ANTARA Pihak Server Hosting DAN Pelanggan laman web adalah BUKAN berada dalam tanggungjawab PilinSOFT.Com. Pihak Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika ada sebarang KOS yang dikenakan oleh Pihak Server Hosting, contohnya atas sebab keperluan menaiktaraf ruang hosting dan sebagainya.

6. PilinSOFT.com tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana perniagaan yang dilakukan oleh pihak pelanggan dan pihak ketiga (pihak Server Hosting dan lain-lain). Pihak PilinSOFT.com tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku/kesan atas perniagaan yang dilakukan oleh Pelanggan laman web termasuk perniagaan yang dijalankan melalui laman web atau di luar laman web.

7. Pihak PilinSOFT.com berhak meminda Terma & Syarat dari masa ke semasa tanpa pemberitahuan sebelumnya supaya perkhidmatan menjadi lebih baik dan terjamin.

8. Pelanggan dianggap sudah membaca, paham dan bersetuju dengan terma dan syarat kami.

Terimakasih
Team PilinSOFT.com